~~Petua untuk melebatkan rambut~~
Bahan yang diperlukan: mayonis
Cara-caranya:
Sapu sedikit mayonis ke bahagian rambut dan gosok rata sehingga ke akar rambut. Lakukan seperti memakai minyak rambut dan amalkan setiap kali selepas mandi. Selepas 3 minggu anda akan dapati rambut anda lebat dan lembut kerana bahan yang terkandung dalam mayonis mempunyai nutrient yang diperlukan oleh rambut.
Ada juga di kalangan wanita mengatakan bahawa mayonis adalah perapi rambut yang baik. Ia terbukti apabila ada di kalangan personaliti barat menggunakan cara yang sama untuk mendapatkan rambut yang cantik. Malahan cara ini sering menjadi ikutan dan terus meletakkan status petua sebagai berkesan.
Jika dilihat secara asasnya mayonis diperbuat daripada campuran telur, minyak dan cuka. Memang benar bahawa bahan-bahan ini adalah perapi yang baik. Tapi anda harus ingat, tidak semua rambut serasi dengan
bahan-bahan tersebut.
Misalnya bagi rambut berminyak, sebaiknya hindari penggunaan minyak yang banyak. Rambut yang kering dan kulit kepala yang sensitif pula, hindarkan penggunaan cuka. Ingat juga, setelah menggunakan mayonis sebagai perapi, basuhlah dengan bersih kerana dikhuatiri lubang pori-pori akan tersumbat.
SELAMAT MENCUBA (^_~)
HAHAHAHA,,,,,
WISH ME LUCK DEAR
No comments:
Post a Comment