-->
(✿◠‿◠) Teratak Che Lan ♥•.¸¸.•♥ ♥•.¸¸.•♥ ♥•.¸ღ(。◕‿◕。)
Assalamualaikum..Welcome To Teratak Che Lan..Jangan Malu-Malu oke..Buat Macam Tempat Sendiri..(T___T)

~~ciri-ciri wanita solehah~~

بسم الله الرحمن الرحيم



Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untuk seseorang wanita untuk menerima gelar solehah, dan seterusnya menerima pahala syurga yang penuh kenikmatan dari Allah s.w.t. 

Mereka hanya perlu memenuhi 2 syarat saja iaitu: 
1. Taat kepada Allah dan RasulNya 
2. Taat kepada suami 

Perincian dari dua syarat di atas adalah seperti berikut: 

1. Taat kepada Allah dan RasulNya 

Bagaimana yang dikatakan taat kepada Allah s.w.t. ? 
- Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari segala-galanya. 
- Wajib menutup aurat 
- Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah 
- Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki dewasa kecuali ada bersamanya 
- Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan taqwa 
- Berbuat baik kepada ibu & bapa 
- Sentiasa bersedekah baik dalam keadaan susah ataupun senang 
- Tidak berkhalwat dengan lelaki dewasa 
- Bersikap baik terhadap tetangga 

2. Taat kepada suami 
- Memelihara kewajipan terhadap suami 
- Sentiasa menyenangkan suami 
- Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya selama suami tiada di rumah. 
- Tidak cemberut di hadapan suami. 
- Tidak menolak ajakan suami untuk tidur 
- Tidak keluar tanpa izin suami. 
- Tidak meninggikan suara melebihi suara suami 
- Tidak membantah suaminya dalam kebenaran 
- Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya. 
- Sentiasa memelihara diri, kebersihan fisik & kecantikannya serta rumah tangga 


FAKTOR YANG MERENDAHKAN MARTABAT WANITA 
---------------------------------------------------------------------

Sebenarnya puncak rendahnya martabat wanita adalah datang dari faktor dalaman. Bukanlah faktor luaran atau yang berbentuk material sebagaimana yang digembar-gemborkan oleh para pejuang hak-hak palsu wanita. 

Faktor-faktor tersebut ialah: 

1) Lupa mengingat Allah 

Kerana terlalu sibuk dengan tugas dan kegiatan luar atau memelihara anak-anak, maka tidak hairan jika banyak wanita yang tidak menyedari bahawa dirinya telah lalai dari mengingati Allah. Dan saat kelalaian ini pada hakikatnya merupakan saat yang paling berbahaya bagi diri mereka, di mana syaitan akan mengarahkan hawa nafsu agar memainkan peranannya. 

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Jathiah, ayat 23: ertinya: 

" Maka sudahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya. Dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya." 

Sabda Rasulullah s.a.w.: ertinya: 

"Tidak sempurna iman seseorang dari kamu, sehingga dia merasa cenderung kepada apa yang telah aku sampaikan." (Riwayat Tarmizi) 

Mengingati Allah s.w.t. bukan saja dengan berzikir, tetapi termasuklah menghadiri majlis-majlis ilmu. 

2) Mudah tertipu dengan keindahan dunia 

Keindahan dunia dan kemewahannya memang banyak menjebak wanita ke perangkapnya. Bukan itu saja, malahan syaitan dengan mudah memperalatkannya untuk menarik kaum lelaki agar sama-sama bergelimang dengan dosa dan noda. 
Tidak sedikit yang sanggup derhaka kepada Allah s.w.t. hanya kerana kenikmatan dunia yang terlalu sedikit. 

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-An'am: ertinya:



" Dan tidaklah penghidupan dunia ini melainkan permainan dan kelalaian dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa, oleh karena itu tidakkah kamu berfikir." 


3) Mudah terpedaya dengan syahwat 
4) Lemah iman 
5) Bersikap suka menunjuk-nunjuk. 

Ad-dunya mata' , khoirul mata' al mar'atus sholich 
Dunia adalah perhiasan semata,,,dan perhiasan yang baik ialah Wanita Solehah,,,







 

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)



PeMiLiK TeRaTaK

nama saya Che Lan saya ade twin taun now studying in IIUM Gombaklike snapping picturesenang terasafuture husband-to-be to Syuhadaanything else?? just email me at teratakchelan@gmail.com

LuRv U oOlLzZ ( ^_~ )

I'M IIUM BLoGgEr

Photobucket

BlOg ArChIvE

EnTrY MeLeToPpZzZ!!


Get this widget here

CeLoTeH TeRbArU

^ Teratak Che Lan



Gratisan Musik
Uploaded with ImageShack.us
Copyright by Che Lan