بسم الله الرحمن الرحيم
Inilah orang–orang yang didoakan oleh para malaikat :
1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci
Imam Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Umar ra., bahwa Rasulullah SAW
bersabda, “Barang siapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan
bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa
‘Ya Allah, ampunilah hambamu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci’” (hadis
ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib wat Tarhib I/37)
2. Orang yang duduk menunggu solat
Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda,
“Tidaklah salah seorang diantara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia
berada dalam keadaan suci, kecuali para malaikat akan mendoakannya ‘Ya Allah,
ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia’” (Sohih Muslim no. 469)
3. Orang–orang yang berada di shaf bahagian depan di dalam solat
Imam Abu Dawud (dan Ibnu Khuzaimah) dari Barra’ bin ‘Azib ra., bahawa Rasulullah
SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada
(orang–orang) yang berada pada shaf -shaf terdepan” (hadis ini disohihkan
oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih Sunan Abi Dawud I/130)
4. Orang–orang yang menyambung shaf (tidak membiarkan sebuah kekosongan di dalam
shaf)
Para Imam yaitu Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al Hakim
meriwayatkan dari Aisyah ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya
Allah dan para malaikat selalu berselawat kepada orang–orang yang menyambung
shaf–shaf” (hadits ini disohihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At
Targhib wat Tarhib I/272)
5. Para malaikat mengucapkan ‘Amin’ ketika seorang Imam selesai membaca Al
Fatihah
Imam Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda,
“Jika seorang Imam membaca ‘ghairil maghdhuubi ‘alaihim waladh dhaalinn’, maka
ucapkanlah oleh kalian ‘aamiin’, kerana barangsiapa ucapannya itu bertepatan
dengan ucapan malaikat, maka ia akan diampuni dosanya yang masa lalu” (Shahih
Bukhari no. 782)
6. Orang yang duduk di tempat solatnya setelah melakukan solat
Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah, bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Para
malaikat akan selalu berselawat kepada salah satu diantara kalian selama ia
ada di dalam tempat solat dimana ia melakukan solat, selama ia belum batal wudhunya, (para
malaikat) berkata, ‘Ya Allah ampunilah dan sayangilah ia’” (Al Musnad no. 8106,
Syaikh Ahmad Syakir mensohihkan hadis ini)
7. Orang–orang yang melakukan solat Subuh dan ‘ashar secara berjama’ah
Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda,
“Para malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu para malaikat (yang
menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh)
naik (ke langit), dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. Kemudian mereka
berkumpul lagi pada waktu solat ‘ashar dan malaikat yang ditugaskan pada siang
hari (hingga solat ‘ashar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas
pada malam hari tetap tinggal, lalu Allah bertanya kepada mereka, ‘Bagaimana
kalian meninggalkan hambaku?’, mereka menjawab, ‘Kami datang sedangkan mereka
sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang
melakukan solat, maka ampunilah mereka pada hari kiamat’” (Al Musnad no. 9140,
hadits ini disohihkan oleh Syaikh Ahmad Syakir)
8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan
Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Ummud Darda’ ra., bahawasanya Rasulullah SAW
bersabda, “Doa seorang muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya
ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk
saudaranya dengan sebuah kebaikan, maka malaikat tersebut berkata ‘aamiin dan
engkaupun mendapatkan apa yang ia dapatkan’” (Sohih Muslim no. 2733)
9. Orang–orang yang berinfak
Imam Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahawa
Rasulullah SAW bersabda, “Tidak satu hari pun dimana pagi harinya seorang hamba
ada padanya kecuali 2 malaikat turun kepadanya, salah satu diantara keduanya
berkata, ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak’. Dan lainnya
berkata, ‘Ya Allah, hancurkanlah harta orang yang pelit’” (Sohih Bukhari no.
1442 dan Sohih Muslim no. 1010)
10. Orang yang makan sahur
Imam Ibnu Hibban dan Imam Ath Thabrani, meriwayatkan dari Abdullah bin Umar
ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya
berselawat kepada orang–orang yang makan sahur” (hadis ini disahihkan oleh
Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhiib wat Tarhiib I/519)
11. Orang yang menjenguk orang sakit
Imam Ahmad meriwayatkan dari ‘Ali bin Abi Thalib ra., bahawa Rasulullah SAW
bersabda, “Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan
mengutus 70.000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu
siang sehingga waktu siang dan di waktu malam sehingga Subuh” (Al
Musnad no. 754, Syaikh Ahmad Syakir berkomentar, “Sanadnya shahih”)
Seseorang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain. Diriwayatkan oleh Imam
Tirmidzi dari Abu Umamah Al Bahily ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda,
“Keutamaan seorang alim atas seorang ahli ibadah bagaikan keutamaanku atas
seorang yang paling rendah diantara kalian. Sesungguhnya penghuni langit dan
bumi, bahkan semut yang di dalam lubangnya dan bahkan ikan, semuanya berselawat
kepada orang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain” (disohihkan oleh
Syaikh Al Albani dalam Kitab Shahih At Tirmidzi II/343)
(Penulis : Syaikh Dr. Fadhl Ilahi )
No comments:
Post a Comment