بسم الله الرحمن الرحيم
Diriwayatkan dari Abu Hurairah RA : Rasullullah S.A.W pernah bersabda, "perbuatan yang engkau lakukan tidak akan menyelamatkan engkau daripada api neraka" , mereka berkata, "bahkan Engkau sendiri ya Rasullullah?"
Nabi Muhammad S.A.W bersabda, "bahkan Aku sendiri, kecuali ALLAH melindungiku dengan kasih dan rahmatNya,,,,Oleh itu, lakukanlah perkara baik sebanyak yang mungkin, sejujur dan seikhlas yang mungkin, sebanyak mana yang mungkin dan beribadahlah kepada ALLAH pada pagi dan petang hari, pada bahagian malam dari malam hari, dan bersikaplah Al-Qashd (mengambil pertengahan dan melaksanakan secara tetap) kerana dengan cara yang demikian itulah kamu akan selamat (syurga)",,,,
Diriwayatkan dari Aisyah RA : seseorang bertanya kepada Nabi Muhammad S.A.W, " apakah amal (ibadah) yang paling dicintai oleh ALLAH?"
Nabi Muhammad S.A.W bersabda, "amal (ibadah) yang dilakukan secara tetap meskipun sedikit",,,,
berdasarkan apa yang CL nyatakan di atas, kita sebagai hamba ciptaanNya haruslah menjalankan apa yang telah dipertanggungjawabkan kepada kita sejak lahiriah lagi,,,,salah satunya ialah solat lima waktu,,,,adalah lebih baik jika kita melakukan solat lima waktu secara konsisten setiap hari daripada kita melakukan solat lima waktu secara berselang seli (tidak cukup lima kali di dalam sehari),,,,dan adalah lebih baik jika kita dapat mendirikannya pada awal waktu dan ditambah pula dengan amal ibadah sunat yang lain,,,,
~~tamat~~
No comments:
Post a Comment