بسم الله الرحمن الرحيم
"Cinta lelaki memang pelik
dan aneh, tetapi juga unik. Ia pelik kerana hadir di jiwa seorang lelaki, yang
sebelumnya keras, kasar dan kurang romantis; aneh apabila dia sudah lembut dan
romantis mudah pula dia berasa sayu pilu dan sensitif hanya dengan kata-kata
orang yang dicintainya. Semuanya ini melambangkan keunikan hati lelaki yang
sukar difahami adakalanya lunak tetapi selalunya keras dan kurang simpati.
Lelaki tidak berupaya hidup tanpa wanita di sisinya tetapi tatkala sudah
memperolehinya, jarang pula hendak menghargainya sepanjang usia. Lelaki yang
benar-benar lelaki, adalah yang disenangi pasangannya, seorang wanita bernama
kekasih mahupun sudah bergelar isteri. Kesungguhan cinta lelaki terpancar
melalui :
Kesungguhan dalam melakukan
sesuatu buat kekasih/isteri - tanpa sedikit keterpaksaan.
Semuanya dilakukan dengan rela,
ceria dan penuh bahagia.
Dia berasa puas apabila dapat
menghiburkan pasangannya.
Dia lebih banyak menasihati
kerana dia amat menyayangi kekasih/isterinya.
Dia mencemburi kekasih/isteri -
lantaran itu dia akan mengongkong kebebasan mereka. Kongkongan semata-mata oleh
perasaan sayang dan cemburu yg meluap-luap.
Dia akan kerap menyatakan
ketakutan jika kehilangan kekasih/isteri.
Dia akan mudah merajuk dan
sensitif apabila anda tidak menumpukan perhatian penuh terhadapnya.
Kadang-kadang dia seperti anak kecil utk mendapatkan layanan yang terbaik dari
pasangan.
Kerajinannya ketara, tergambar
melalui kesungguhan melakukan apa saja asalkan dapat membahagiakan
kekasih/isteri.
Mudah merajuk kerana mahukan
kata-kata lembut daripada kekasih/isteri. Merasa lega bila pasangan memujuknya.
Dia akan gelisah apabila
berjauhan dengan kekasih/isteri. Dia akan kerap menelefon dan menghantar SMS.
Dia akan kerap bertanya apakah
kekasih/isterinya mencintainya.
Lelaki yang jujur dan cukup
'mabuk' dalam percintaanya pasti tidak akan melayan perempuan lain
sewenang-wenangnya. Dia akan berasa berdosa berbuat begitu tanpa pengetahuan
kekasih atau isterinya.
No comments:
Post a Comment