بسم الله الرحمن الرحيم
sape sape yg masih ta bace entry aku yg sblom ney yg berkaitan dgan satu isu PANAS, sila la baca kat sini dulu ye,,,,pastu baru la bole proceed baca kat entry ney,,,ta la tertanya tanya kan,,,
Penulis papar gambar babi, jerung atas Kaabah
JERANTUT: Sebanyak 15 badan bukan kerajaan (NGO) daerah ini yang mewakili kira-kira 10,000 ahlinya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), di sini, kelmarin, berhubung kenyataan dalam laman blog yang menghina agama Islam dan Nabi Muhammad SAW. Antara NGO yang membuat laporan polis pada jam 6.50 petang itu termasuk Majlis Belia Daerah, Belia 4B, Persatuan Kelab Belia Malaysia (MAYC), Rakan Muda, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA), Pemuda UMNO, UMNO Bahagian dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Dewan Persuratan Melayu Pahang (DPMP), Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) dan Persatuan Bekas Ketua Kampung (PEBAKA).
Wakil NGO berkenaan, Mohd Faiz Mohd Mahayuddin, berkata laporan polis itu dibuat kerana tindakan penulis blog itu melampau kerana menghina agama Islam dengan memaparkan gambar seekor jerung dan babi di atas Kaabah.
“Banyak gambar dipaparkan itu menghina umat Islam, mempermainkan ayat al-Quran dan kata-kata mencerca Allah serta Nabi Muhammad SAW,” katanya, kelmarin.
Beliau mendakwa, entri blog itu dikesan sejak 6 Mei lalu menggunakan nama Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara atau makciksittalwuzara99.wordpress.com dengan mengeluarkan pelbagai kata-kata mengguris hati umat Islam.
Beliau berkata, sebuah akaun laman sosial Facebook turut dikesan menggunakan profil ‘Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara’.
“Kami mendesak polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) segera menyiasat lebih lanjut dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pemilik blog berkenaan,” katanya.
“Kami mendesak polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) segera menyiasat lebih lanjut dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pemilik blog berkenaan,” katanya.
Sementara itu, Adzland Zakaria daripada PERKASA berkata, tindakan penulis blog berkenaan biadap kerana memburukkan agama Islam sesuka hati walaupun penulis itu mengaku beragama Islam.
“Walaupun ia menggunakan gambar teknik pertindihan, ia amat menyedihkan bagi umat Islam dan wajar disekat penyebarannya, malah laman blog itu masih boleh diakses sehingga petang kelmarin,” katanya.
Mohd Faizal Jamlos dari Majlis Belia Daerah pula berkata, mereka juga akan menghantar memorandum kepada SKMM untuk mengesan pemilik blog berkenaan.
2 comments:
mula2 dapt tau blog tu terus buka sebab nak tau gak macamna... mmm bila da baca.. sakitnya hati sampai x tau nak kata... hish... apa la org tu pk sebenarnya...
ntahla...ta sure makcik tu mmg org Islam or menyamar jep...tapi mmg makcik tu cari pasal la ngan orang Islam..ggrr!!!
Post a Comment