بسم الله الرحمن الرحيم
Percintaan sebelum berkahwin seperti yang dilakukan oleh segolongan masyarakat dan ditonjolkan dalam segala macam media sebagai suatu kemestian, suatu dunia yang penuh dengan keindahan dan keseronokan adalah sebenarnya penipuan belaka,,,dan CL amat amat berharap, terutamanya kepada golongan Hawa di luar sana yang CL sayangi, JANGAN terlalu terpengaruh dengan "keseronokan" semasa anda berada di dalam alam percintaan yang sememangnya membawa sejuta erti rasa yang tidak dapat diduga oleh akal fikiran kita sebagai manusia ini,,,
Alam percintaan tidak mendedahkan hakikat diri yang sebenarnya. Masing-masing berusaha menunjukkan yang terbaik sahaja di hadapan pasangannya,,,CL pun pernah melalui semua ini suatu masa dahulu,,,tetapi ALHAMDULILLAH sekarang, CL sudah menjumpai pasangan yang betul betul memahami diri dan perangai CL yang agak "nakal" ni,,,^^,
Setelah berkahwin barulah terbongkar segala rahsia, segala perangai dan sikap buruk yang selama ini disembunyikan,,,bak kata orang, "habis manis sepah dibuang", "muka bertopeng", dan sebagainya,,,perkara ini lah yang CL nak tekankan dalam entry CL yang agak panjang kali ini,,,,iaitu 10 SOALAN YANG WAJIB DITANYA OLEH PASANGAN SEBELUM BERTUNANG,,,,
1. Apakah wawasan hidupnya?
Setiap orang mempunyai wawasan dan cita-cita yang ingin dicapai dalam hidupnya. Inilah yang perlu anda ketahui mengenai bakal pasangan hidup anda.
Sekiranya anda dan dia mempunyai wawasan dan matlamat hidup yang sama maka perselisihan dalam rumahtangga akan berkurangan. kan bahagia jikalau hidup tanpa sebarang pergaduhan ni,,, (^_^)
2. Bagaimanakah kefahamannya mengenai konsep perkahwinan?
Bab ni CL na tekankan secara mendalam,,,Kefahaman serta tasawur atau gambaran yang jelas mengenai perkahwinan amat penting. Jangan sesekali mengamalkan konsep "cinta lebih penting daripada segala-galanya",,,kita perlu ada keserasian di dalam cinta manusia dan juga cinta kepada Pencipta,,,
Sekiranya kedua-dua pihak mempunyai kefahaman yang berbeza, umpamanya satu pihak menganggap perkahwinan hanya sekadar memenuhi tuntutan nafsu semata-mata, sedang satu pihak lagi memandang sebagai satu ibadah, sudah semestinya rumahtangga yang bakal dibina tidak akan aman daripada perselisihan dan pergaduhan.
3. Apakah sifat-sifat yang digemari dan tidak digemarinya?
Adalah penting bagi setiap pasangan mengetahui kegemaran pasangannya, apa yang disukai dan tidak disukainya kerana kadang-kadang perselisihan berlaku disebabkan kelainan kegemaran dan citarasa. CL pernah memberi nasihat kepada seorang rakan CL yang sudah berkahwin seawal usianya 20 tahun,,,,pada awal perkahwinannya, mereka mempunyai sedikit perselisihan faham,,,tetapi ALHAMDULILLAH, selepas CL memberi sedikit nasihat kepada pasangan tersebut, mereka telah pun berbaik baik sehingga sekarang,,,
4. Apakah pandangannya mengenai anak pada tahun pertama perkahwinan?
Setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza mengenai masa yang sesuai untuk menimang cahaya mata.
Sekiranya satu pihak belum bersedia sedang pihak yang satu lagi sudah tidak sabar untuk bergelar ibu atau ayah, pastilah kedua-dua pihak akan berasa tertekan dan perhubungan akan jadi tegang.
jadi bagi pandangan CL, mengadakan satu perbincangan formal untuk membincangkan perkara ini adalah amat perlu dengan tujuan untuk mengelakkan konflik atau salah faham selepas melansungkan perkahwinan,,,
5. Adakah dia mempunyai masalah kesihatan atau kecacatan?
Masalah kesihatan yang kronik atau kecacatan semula jadi pada anggota badan tidak wajar disembunyikan. Bagi CL, setiap pasangan perlulah bersikap jujur terhadap pasangan hidupnya kerana alam perkahwinan bukanlah bersifat sementara sahaja,,,alam perkahwinan dengan maksud yang lainnya ialah "berkongsi hidup",,,
Mengetahui adanya penyakit atau kecacatan tertentu akan mempengaruhi keputusan yang bakal diambil. Jadi tidak perlulah anda menyembunyikan "kekurangan" yang ada pada anda itu,,,kerana bagi CL, setiap manusia di dunia ini tidak ada satu pun yang sempurna sifatnya dan disebabkan itu juga lah, perkahwinan di antara lelaki dan perempuan menjadi fardhu bagi umat Islam,,,kerana melalui perkahwinan, lelaki saling melengkapi perempuan dan juga sebaliknya,,,
Menyembunyikan penyakit yang kronik atau kecacatan yang mengaibkan boleh dianggap sebagai satu penipuan.
6. Adakah dia seorang yang suka bergaul?
Sesetengah orang suka bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat, mempunyai kawan dan kenalan di merata-rata tempat. Sesetengah yang lain pula suka menyendiri, tidak pandai berkawan dan sukar didampingi.
Orang macam mana yang anda cari? satu je nasihat CL, jika anda merasakan anda seorang yang kuat cemburu, carilah pasangan yang tidak suka bergaul dan juga sebaliknya,,,jangan tersilap pilih, kerana kesannya akan berbalik kepada diri anda sendiri di masa hadapan,,,
7. Bagaimana hubungannya dengan ahli keluarganya?
Perkahwian bukan sekadar aqad yang mempertemukan antara dua jiwa. Sebaliknya perkahwinan merupakan hubungan kemasyarakatan yang mencantumkan antara dua keluarga atau lebih.
Oleh itu bakal tunangan harus tahu status keluarga serta hubungan mereka antara satu sama lain. Hubungan kekeluargaan juga sedikit sebanyak menggambarkan keperibadian seseorang. Apa yang paling penting, memahami tingkah laku setiap ahli keluarga yang "baru" amatlah perlu jika anda tidak mahu digelar sebagai pasangan yang "kurang mesra",,,,
8. Apakah kegemarannya dan bagaimana dia mengisi waktu lapangnya?
Kegemaran serta cara seseorang memenuhi masa lapangnya juga memberi gambaran tentang wawasan serta cita-citanya dalam hidup ini. Jadi nasihat CL, jangan mencari pasangan yang selalu mengisi masa lapangnya dengan tidur,,,,kesannya?? selepas anda berkahwin pun, terutamanya kaum Hawa, anda lah yang perlu keluar untuk mencari kerja dengan tujuan untuk "menyara" suami anda yang kaki tidur itu,,(^_^)
9. Adakah dia aktif dalam mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau pertubuhan kebajikan?
Keaktifan dalam persatuan kebajikan atau pertubuhan sukarela menggambarkan dia bukan seorang yang sombong dan mementingkan diri.
Bagi pandangan CL, orang yang hidupnya sekadar untuk memenuhi cita-cita dan wawasan peribadi semata-mata sebenarnya hidup dalam dunia yang sempit dan mati sebagai insan yang kerdil.
Tetapi orang yang hidup dalam perjuangan akan hidup sebagai insan yang hebat dan apabila dia mati namanya akan dikenang zaman-berzaman. Fikir fikirkan ye?? (^_~)
10. Apakah pandangannya sekiranya ibu bapa masuk campur dalam urusan peribadi atau urusan rumahtangga mereka?
Setengah orang menganggap rumahtangga adalah masalah peribadi yang terlalu khusus. Tiada seorang pun yang boleh masuk campur walaupun ibu bapa sendiri.
Hal ini sangat penting diketahui oleh setiap orang yang akan memasuki gerbang perkahwinan.
Apakah pandangan bakal pasangan hidupnya.
Adakah dia termasuk dalam golongan di atas atau sebaliknya seorang yang terlalu bergantung kepada kedua-dua ibu bapanya walaupun telah berkeluarga?
Apabila anda telah mendapat jawapan yang bersesuaian dengan apa yang dicari, maka teruskanlah hasrat anda untuk melamarnya. Begitu juga halnya dengan pihak yang dilamar.
Pastikan anda mengenali jejaka yang melamar itu dengan mengajukannya 10 soalan di atas. Sebarang persoalan mahupun kekeliruan yang ingin diajukan, boleh lah berbuat demikian di kotak komen di bawah ataupun di inbox FB CL,,,,^^,
2 comments:
hurm... thanks berkongsi che lan... tapi zaman sekarang sangat sukar untuk mencari yang dapat menjawab semua pertanyaan di atas dengan kejujuran..huhu..:)
sebab tu la kita kena bijak dalam memilih pasangan wahai tuan puteriku sayang...yang penting jgan memilih rupa paras, tetapi pilihlah rupa hati...^^,
Post a Comment