بسم الله الرحمن الرحيم
oke,,,entry kali ni CL buat khas untuk tatapan follower follower CL yang sudi berkunjung ke Teratak Che Lan ni,,,CL mahu berkongsi dengan kamu semua tentang hikmah hikmah yang diperolehi oleh manusia itu sendiri jika mereka melakukan sujud kepadaNya,,,
Apabila kita sujud kepada Ilahi terutamanya semasa mengerjakan solat, ini bermakna kita telah meletakkan ALLAH di tempatnya selakutuhan kita dan bermakna benarlah kita sebagai hambaNya yang taat melakukan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang di larang,,,,Amal Makruf Nahi Mungkar,,,Oleh sebab kasih sayang ALLAH kepada hambaNya sebanyak 99 kali kasih sayang ibu kandung kita,, maka Dia memberikan beberapa hikmah sujud kepada makhlukNya yang mendirikan solat antaranya :
1 - melegakan sistem pernafasan
2 - mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya
BERNAFAS KETIKA SUJUD AKAN :
3 - membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya
4 - membetulkan pundi peranakan yang jatuh
5 - melegakan sakit hernia
6 - mengurangkan sakit senggugut ketika haid
7 - melegakan sakit paru paru dari ketegangan
8 - mengurangkan kesakitan pada pesakit appendiks
9 - kedudukan sujud paling baik untuk berehat dan mengimbang lingkungan bahagian belakang tubuh
10 - meringankan bahagian pelvis
11 - memberi dorongan untuk mudah tidur
12 - menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut, punggung ketika akan sujud dan bangun darinya
13 - gerakan otot otot itu menjadikannya lebih kuat dan elastik, secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik
14 - bagi wanita, gerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar dari sakit buah dada
15 - mengurangkan kegemukan ( obesity )
16 - gerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar dari sakit bergelombang perut
17 - otak manusia ( organ terpenting ) menerima banyak bekalan darah dan oksigen
18 - mengelakkan pendarahan otak jika kita secara tiba tiba menerima tekanan darah ke otak secara kuat dang mengejut, maka sekali gus akan terhindarlah penyakit seperti apoplexia rupture of blood vessels and arteioseclorosis of cerebrum,,,,
manakala dari kesan psikologi pula, sujud dapat mengurangkan sifat sombong dalam diri, riak, takabbur, dan juga merasa rendah diri terhadap Pencipta,,,jadi marilah kita bersama sama melakukan apa yang telah diletakkan di atas bahu kita sebagai khalifah di atas muka bumi ini dengan sebaik mungkin,,,,
~~tamat~~
2 comments:
ckg kte ade ckp..sujud ketika solat di awal waktu sgt bgus..sb mse 2 momentum/energy bumi mnyerap msuk ke tbuh bdan kta..terutamanya waktu pagi(waktu tahaddjud hingga subuh) di mana oxigen mmg fresh2..segar2..sb tu kita kena solat di awal wktu..dan dalam dlm sujud yg terakhir setiap solat adalah salah satu drpd cara utk mndapatkn doa yg makbul..wallahualam
yup ckg kiter pon ade ckap centu jgak...btw, thanx dayah sbb bagi idea kat kiter melalui komen ney..nanti kiter na buat satu entry mengenai kelebihan sujud menurut fakta science plak..thanx dayah..^^
Post a Comment