بسم الله الرحمن الرحيم
Ceramah Ustazah Hjh Siti Khadijah Din
Bagaimana bisa solat berkenaan diterima Allah.. umur dah lanjut macam ni pun solat masih di peringkat mediocre, itu pun kalau boleh di kategorikan begitu.Secara ringkasnya, sebelum memulakan solat, penceramah mencadangkan kita mengambil 2 minit untuk “menyediakan diri” sblm menghadap Yg Esa.
2 perkara yg elok dilakukan sebelum berniat utk solat… sewaktu kita berdiri tegak sblm lafaz niat:
1. Minit pertama – Membangkitkan rasa KEHAMBAAN dlm diri kita. Kenangkan kembali dosa2 kita, betapa kerdil dan hinanya kita, seolah2 tak layak utk diberi peluang menghadap yg Esa. Pendek kata, kutuk diri sendiri dan menyesallah.
2. Minit kedua – Membangkitkan rasa BERTUHAN. Betapa kita diciptakan oleh yg Esa utk beribadat kepadaNya. Kenangkan betapa bersyukurnya kita dijadikan sbg seorg Islam, mempunyai Tuhan yg begitu menyayangi hamba2nya yg hina ini lebih daripada seorg ibu menyayangi anaknya.
Setelah dilakukan kedua dua perkara ni, barulah kita niat solat dan mengangkat takbir. Berniatlah dlm keadaan berdiri tegak, bukan sambil membetul-betulkan kain sembahyang, telekung dan sebagainya. Fokus. Setelah bertakbir, penceramah menunjukkan pula cara-cara solat yg betul, penuh adab dan sopan, sesuai dgn keperibadian kita sbg wanita dan selayak-layaknya adab utk menghadap Tuhan.
1) Mengangkat takbir – ada 3 cara mengangkat takbir
i. Dgn meletakkan kedua-dua ibu jari di bawah cuping telinga
ii. Dgn meletakkan kedua-dua jari telunjuk di bawah cuping telinga
iii. Mengangkat kedua-dua tgn sehingga ke paras dada (bukan telinga).
Perlu diingatkan, kedua-dua lengan hendaklah dirapatkan ke badan. Menurut penceramah, syaitan-syaitan yg berupa kambing hitam gemar bergayut-gayut dicelah lengan(bawah ketiak) utk mengganggu solat kita, oleh itu sekiranya kedua-dua lengan dirapatkan, tiada ruang utk mereka.
2) Qiyyam – cara qiyyam yg betul ialah memposisikan tgn kiri ke atas sikit dari pusat (bukan menutup pusat) sambil ibu jari dihalakan ke atas, seolah-olah menyentuh ulu hati. Tangan kanan diletakkan di atas tgn kiri agak-agak selesa. Pastikan kedua-dua lengan adalah rapat mendekati badan.
3) Rukuk – peralihan dari posisi qiyyam kepada rukuk dilakukan dgn penuh tertib dan sopan. Kedua-dua tgn melurut peha dgn perlahan dan berhenti di atas lutut. Pastikan badan kita di dlm posisi sudut tepat (90 darjah). Siku juga dirapatkan ke badan dan sudut tepat.
4) ‘Iktidal – tegakkan badan semasa membaca “Sami Allahuliman hamidah…” dan mengangkat tgn posisi takbir ketika membaca “rabbanaa lakal hamdu”.
5) Sujud – sujud dari segi istilah ialah “penyerahan diri yg tertinggi”. Tertib sujud ialah dgn meletakkan kedua-dua lutut ke lantai, baru diikuti tapak tgn dan seterusnya dahi. Kedua-dua tgn dirapatkan di bhgn bawah sedikit dari ibu jari, di mana ada sedikit ruang terbuka di antara kedua-dua tgn dan di situlah dahi diletakkan. Jgn sujud terlalu jauh ke hadapan kerana dikhuatiri akan melebihi lebih dari anggota sujud yg 7 iaitu dahi, kedua tapak tangan, kedua lutut dan kedua belah kaki (setakat jari shj). Ibu jari kaki dilentur sedikit agar menghala ke kiblat.
6) Duduk antara 2 sujud – ada 2 cara :
i. Papan punggung diletakkan di atas kedua-dua kaki
ii. Papan punggung lebih diberatkan atas kaki kiri dan kaki kanan dilentur agar ibu jari menghadap kiblat.
7) Bangun selepas sujud – duduk sebentar sebelum bangun, bukan dlm keadaan bangun menungging. Sekiranya menghadapi kesulitan utk bangun, gunalah tgn kanan utk membantu kita bangun atau kedua-dua tgn.
8) Tahiyyat – mengangkat telunjuk pada ketika menyebut “…. illallahh…” ( “laa ilaa ha ILLALLAH”) Jari telunjuk itu jangan diturunkan sehingga memberi salam.
9) Salam – tidak perlu ditundukkan muka sebelum memberi salam. Menoleh sejauh mungkin sehingga 180 darjah ke belakang kerana malaikat ramai di sekeliling kita. Begitu juga ketika menoleh ke kiri. Tidak salah jika bahu dialihkan sedikit bagi membolehkan kita menoleh sehingga 180 darjah. Semasa menoleh ke kanan, alihkan sedikit bahu kiri dan sebaliknya.
10) Berdoa sesudah solat – seelok-elok duduk ialah dgn melapikkan papan punggung dgn kedua-dua kaki. Tgn diangkat separas dada dan berdoalah dlm keadaan tunduk sedikit kerana sekiranya kita berdoa dgn tgn yg tinggi dan mendongak ke langit, itu melambangkan sifat bongkak. Ingatlah, kita sedang menghadap yg Esa.
Seterusnya sebelum selesai ceramah, ustazah sempat mengingatkan para hadirin bahawa kain yg digunakan utk solat juga perlu menepati ciri-ciri yg tertentu. Antaranya:
1) Tidak jarang. Rata-rata kain telekung masa kini adalah jarang. Sekiranya kita memakai kain yg jarang dan dapat dilihat tengkuk dan warna kulit, maka solat kita tidak sah. Seelok-eloknya carilah kain telekung yg tidak jarang (antara caranya ialah dgn menggunakan 2 lapis kain).
Ataupun, pakailah anak telekung atau tudung labuh di dlm dan pastikan sewaktu di rumah, apabila kita solat cuma dgn berbaju sleeveless di dlm telekung, pastikan bahu dan tgn tidak kelihatan warna kulit jika diamati dari luar telekung.
2) Kadang2 sewaktu musafir, ada muslimah yg malas membawa kain solat, sekadar membawa telekung shj. Apabila tiba waktu solat, cuma kain di badan shj digunakan dan bagi menutupi kaki, kita memakai stokin. Cara ini memang tidak salah, tapi pastikan stokin yg dipakai tidak jarang. Ingatlah sewaktu kita sujud, kain stokin itu akan menegang (stretch) dan manalah tahu, terdedah aurat kita ketika itu lalu tidak sahlah solat. Sebaik-baiknya pakai stokin yg tebal (ustazah mencadangkan stokin yg lazim dipakai ketika bersukan) ataupun jika tiada, pakai 2 lapis.
3) Jenis kain telekung - Ada kain telekung yg indah bersulam dan berkerawang. Ada yg berlubang2 sehingga di belakang telekung. Ada kalanya, bagi mereka yg rambut pjg, jika tidak ditutup betul2 dgn serkup/anak telekung, rambut-rambut ini akan terkeluar-keluar di celah-celah kerawang telekung. Oleh itu, berhati-hatilah. Sama-samalah kita berusaha memperbaiki solat kita kerana ia adalah tiang agama. Pertama sekali yg akan dihisab di akhirat kelak ialah solat kita. Solat yg baik akan melahirkan peribadi yg baik.
7 comments:
sbaik-baiknya gmbr yg kt tgh tu...info n entry kli ni memg bgus...
yup..exactly..tapi manusia zaman skunk ney payah na jadi mcm pic yg tengah tu kan atin..
assalamualaikum.
che lan, nk tnye tntg 3 cara mengangkat takbir. antara 3 cara tersebut, yg mnakh yg dikatakn takbir mazhab hanafi?
assalamualaikum.
ada 3 cara mengangkat takbir. antara 3 cara tersebut.. ada satu yg dikatakn mazhab hanafi. boleh che lan bgtw sy yg manakh takbir mengikut mazhb hanafi. sekian~~
brother nasiruddin..bagi Mazhab Syafie, cara takbirnya ialah ibu jari berada di bawah cuping telinga...bagi Mazhab Hanafi pula, cara takbirnya ialah mengangkat tangan shgga ke paras dada...harapnya brother akan mndapat manfaat drpda information ney oke..(^_~)
=) trimas yee che lan. smoge ALLAH SWT merahmati kita semua.
amin...^^,
~~ALLAH akan menolong hamba-Nya yang mahu menolong-Nya..~~
Post a Comment