-->
(✿◠‿◠) Teratak Che Lan ♥•.¸¸.•♥ ♥•.¸¸.•♥ ♥•.¸ღ(。◕‿◕。)
Assalamualaikum..Welcome To Teratak Che Lan..Jangan Malu-Malu oke..Buat Macam Tempat Sendiri..(T___T)

~~Kenangan Semester Lepas~~

بسم الله الرحمن الرحيم


"Sayang,, Abang minta izin untuk nikah sorang lagi," Najha yang sedang melipat kain,, terdiam seketika,, Mungkin terkedu,, Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak,, Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV,, sementelah TV juga dipasang,, Tapi,, ahh bukanlah,, TV sedang menayangkan iklan Sunsilk,, mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk? Dia menghela nafas panjang,, Dia memandang sekali imbas wajah Izzaq Fariz, kemudian tersenyum,, Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi,, bangun lantas menuju ke dapur,,

Langkahnya diatur tenang,, Segelas air sejuk diteguk perlahan,, Kemudian dia ke bilik Azura,, Aina dan Ummu,, Rutin hariannya,, mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur,, Dahulu,, semasa puterinya kecil lagi,, rutin itu dilakukan dengan suaminya,, Kini,, anak-anak kian beranjak remaja,, Kemudian,, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua,, si kembar,, Iman dan Radzlan,, Pengabisannya dia kembali kepada suaminya,, Izzaq Fariz hanya diam,, membatu diri,,

Dia amat mengenali isterinya,, Jodoh yang diatur keluarga hampir 16 tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia,, Najha adalah ikon isteri solehah,, Namun,, kehadiran lisa surihani,, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah,, "Kau mampu Izzaq,, dengan gaji kau,, aku rasa kau mampu untuk beri makan 2 keluarga," sokongan Khairul Fahmi,, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Najha,,

" Abang Izzaq, lisa tak kisah,, Lisa sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan,, Bimbinglah Lisa,, Lisa perlukan seseorang yang mampu memimpin Lisa," masih terngiang-ngiang bicara lunak Lisa,,

Akhir-akhir ini,, panas rasanya punggung dia di rumah,, Pagi-pagi,, selesai solat subuh,, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat,, Tidak seperti kelaziman,, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak-anak,, Aduhai,, penangan Lisa gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar menjerat hatinya,,


" Abang,, Najha setuju dengan permintaan Abg,, Tapi,, Najha nak berjumpa dengan wanita tu,"

Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya,, Dia tahu,, Najha bukan seorang yang panas baran,, Najha terlalu sempurna,, baik tetapi ahh hatinya kini sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda,,

"Bawa dia ke sini,, tinggalkan dia bersama Najha selama 1 hari saja,, boleh?"
Pelik benar permintaan isterinya,, Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan. Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya. Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni, isteri-isteri lebih bijak. Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu. Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman daripada Najha.

"Apa, nak suruh Lisa jumpa dengan isteri Abg," terjegil bulat mata Lisa yang berwarna hijau. "Kak Najha yang minta," masih lembut dia memujuk Lisa. "Biar betul, apa dia nak buat dengan Lisa?"

"Takutlah Lisa, silap haribulan dia bunuh Lisa!" terkejut Izzaq Fariz. "Percayalah Lisa, Najha bukan macam tu orangnya. Abg dah lama hidup dengannya. Abg faham, "Lisa mengalih pandangannya.

Mahu apakah bakal madunya berjumpa dengannya?Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua. Heh, ini Lisa lah. Jangan haraplah jika nak membuli aku. Desis hati kecil Lisa. Hari ini genap seminggu bercuti  Lisa seminggu. Seminggu jugalah dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Lisa, namun tidak berjaya. Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana Lisa pergi. Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Lisa untuk ditemuduga oleh Najha. Sedangkan dia diminta oleh Najha bermunajat di Masjid Putra.

Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di masjid Putra. Dulu, sebelum dia mengenali Lisa, saban malam dia akan bersama dengan Najha serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid. Kemudian menghadiri majlis kuliah agama. Membaca Al-Quran secara bertaranum itu adalah kesukaannya. Namun, lenggok Lisa melalaikannya. Haruman Lisa memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan. Seharian di Masjid Putra, dia cuba mencari dirinya, Izzaq Fariz yang dulu. Izzaq Fariz anak Imam Kampung Seputih. Izzaq Fariz yang asyik dengan berzanji. Menitis air matanya. Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu.

Najha menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Najha. Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Najha. Tit tit... sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya.

"Lisa minta maaf. Lisa bukan pilihan terbaik utk Abg jadikan isteri. Lisa tidak sehebat kak Najha. Lisa perlu jadikan diri Lisa sehebatnya utk bersama Abg," Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.


Kepada:

Izzaq Fariz,
Suami yang tersayang...


Izzaq Fariz diburu kehairanan. Sampul berwarna cokelat yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka perlahan.



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani,
Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi jejak langkahmu.



Abg yang dikasihi,


Genap seminggu sesi temuduga yang Najha jalankan pada Lisa. Terima kasih kerana Abg membawakan Najha seorang calon madu yang begitu cantik. Di sini Najha kemukakan penilaian Najha.

1. Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Najha yang sudah tidak nampak bentuk badan. Baju- bajunya memang mengikut peredaran zaman. Tapi, Najha sayangkan Abg. Najha tak sanggup Abg diheret ke neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa Abg sendiri pun, masih belum termampu untuk dijawab di akhirat sana , apatah lagi Abg nak menggalas dosa org lain. Najha sayangkan Abg...


2. Najha ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah lagi western food. Tapi, Najha sayangkan Abg. Najha tahu selera Abg hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Najha kalau-kalau selera Abg sudah berubah. Tapi, Najha masih ingat lagi, masa kita sekeluarga singgah di sebuah restoran western food, Abg muntahkan semua makanan western food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut selera ayah mereka. Kesian nanti, tak makan la pula anak- anak kita. Najha sayangkan Abg...


3. Najha ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya. Najha minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat Abg yang lahir, jadinya Najha harapkan dia mampu untuk mengajar anak- anak Abg nanti untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung... Najha sayangkan Abg...


Abg yang disayangi,



Cukuplah rasanya penilaian Najha. Kalau diungkap satu persatu, Najha tak terdaya. Abg lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1 hari, Abg mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan Abg mengenalinya lebih dari Najha mengenalinya.



Abg yang dicintai,



Di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami. Telah siap Najha tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sarawak. Jika munajat Abg di Masjid Putra mengiayakan tindakan Abg ini, ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada Lisa. Oh ya, lupa nak cakap, Lisa telah berada di sawarak. Menunggu Abg... Najha sayangkan Abg... Tetapi jika Abg merasakan Lisa masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri Abg, pergilah cari wanita yang setanding dengan Najha... Najha sayangkan Abg.


Tetapi, jika Abg merasakan Najha adalah isteri yang hebat untuk Abg.. tolonglah bukakan pintu bilik ni. Najha bawakan sarapan kegemaran Abg, roti canai.. air tangan Najha.

Salam sayang,


Najha Izanim Binti Ayub


Tangannya pantas membuka pintu biliknya. Di situ berdiri Najha Izanim bersama-sama hidangan sarapan pagi kegemarannya. Dia tersenyum!


Benar, tiada isteri sehebat Najha isterinya!!! !!


************



MORAL OF THE STORY :



Bersyukurlah dengan apa yg kita ada. Cinta pada kecantikan tidak akan kekal selamanya.. You would only appreciate things when you lost it..

*CERITA INI TIADA KAITAN ANTARA YANG HIDUP ATAUPUN MATI.. SEMUA INI HANYALAH KEBETULAN.. :)

Nukilan : Azura, Aina, Ummu & Najha….


 

5 comments:

anie said...

untung dpt istri cmtu....:)
ingt CL yg wat cite ni....

November 3, 2012 at 9:51 PM
anie said...

untung dpt istri cmtu....:)
ingt CL yg wat cite ni....

November 3, 2012 at 9:51 PM
che lan said...

kann,,,anie kena jadi isteri yang macam ni taw,,,baru lah suami sayang ^^

cite ni rekaan kawan kawan CL,,,dorang merapu sekali dengan nama CL naik dalam cite ni,,,huhu

November 3, 2012 at 10:58 PM
Cik Itah said...

untung la dapat isteri macam tu kan CL?

November 11, 2012 at 5:40 PM
che lan said...

suara hati - hehe,,,memang sangat untung kalau dapat isteri yang macam tu,,sayang sampai ke akhir hayat tu,,

November 13, 2012 at 12:23 AM

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)



PeMiLiK TeRaTaK

nama saya Che Lan saya ade twin taun now studying in IIUM Gombaklike snapping picturesenang terasafuture husband-to-be to Syuhadaanything else?? just email me at teratakchelan@gmail.com

LuRv U oOlLzZ ( ^_~ )

I'M IIUM BLoGgEr

Photobucket

BlOg ArChIvE

EnTrY MeLeToPpZzZ!!


Get this widget here

CeLoTeH TeRbArU

^ Teratak Che Lan



Gratisan Musik
Uploaded with ImageShack.us
Copyright by Che Lan