بسم الله الرحمن الرحيم
"Sayang,, Abang
minta izin untuk nikah sorang lagi," Najha yang sedang melipat kain,,
terdiam seketika,, Mungkin terkedu,, Adakah pendengarannya kian kabur lantaran
usianya yang kian beranjak,, Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV,,
sementelah TV juga dipasang,, Tapi,, ahh bukanlah,, TV sedang menayangkan iklan
Sunsilk,, mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk? Dia menghela nafas
panjang,, Dia memandang sekali imbas wajah Izzaq Fariz, kemudian tersenyum,, Meletakkan
kain yang telah siap dilipat di tepi,, bangun lantas menuju ke dapur,,
Langkahnya diatur
tenang,, Segelas air sejuk diteguk perlahan,, Kemudian dia ke bilik Azura,,
Aina dan Ummu,, Rutin hariannya,, mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk
tidur,, Dahulu,, semasa puterinya kecil lagi,, rutin itu dilakukan dengan
suaminya,, Kini,, anak-anak kian beranjak remaja,, Kemudian,, dia menjenguk
bilik putera bujangnya yang berdua,, si kembar,, Iman dan Radzlan,, Pengabisannya
dia kembali kepada suaminya,, Izzaq Fariz hanya diam,, membatu diri,,
Dia amat mengenali
isterinya,, Jodoh yang diatur keluarga hampir 16 tahun yang lepas menghadiahkan
dia sebuah keluarga yang bahagia,, Najha adalah ikon isteri solehah,, Namun,,
kehadiran lisa surihani,, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir
kesetiausahaan di jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah,, "Kau mampu
Izzaq,, dengan gaji kau,, aku rasa kau mampu untuk beri makan 2 keluarga,"
sokongan Khairul Fahmi,, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia
berdepan dengan Najha,,
" Abang Izzaq,
lisa tak kisah,, Lisa sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan,, Bimbinglah
Lisa,, Lisa perlukan seseorang yang mampu memimpin Lisa," masih
terngiang-ngiang bicara lunak Lisa,,
Akhir-akhir ini,, panas
rasanya punggung dia di rumah,, Pagi-pagi,, selesai solat subuh,, cepat-cepat
dia bersiap untuk ke pejabat,, Tidak seperti kelaziman,, dia akan bersarapan
berjemaah bersama isteri dan anak-anak,, Aduhai,, penangan Lisa gadis kelahiran
Bumi Kenyalang benar-benar menjerat hatinya,,
" Abang,, Najha
setuju dengan permintaan Abg,, Tapi,, Najha nak berjumpa dengan wanita
tu,"
Lembut dan tenang
sayup-sayup suara isterinya,, Dia tahu,, Najha bukan seorang yang panas baran,,
Najha terlalu sempurna,, baik tetapi ahh hatinya kini sedang mengilai wanita
yang jauh lebih muda,,
"Bawa dia ke
sini,, tinggalkan dia bersama Najha selama 1 hari saja,, boleh?"
Pelik benar permintaan
isterinya,, Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia
menganguk, tanda setuju. Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan
perkara yang bukan-bukan. Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu
bersyukur. Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus
lah jawabnya. Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman
sekarang ni, isteri-isteri lebih bijak. Teringat dia kisah seorang tentera yang
disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan
lagi satu. Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan
yang tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman daripada Najha.
"Apa, nak suruh
Lisa jumpa dengan isteri Abg," terjegil bulat mata Lisa yang berwarna
hijau. "Kak Najha yang minta," masih lembut dia memujuk Lisa. "Biar
betul, apa dia nak buat dengan Lisa?"
"Takutlah Lisa,
silap haribulan dia bunuh Lisa!" terkejut Izzaq Fariz. "Percayalah
Lisa, Najha bukan macam tu orangnya. Abg dah lama hidup dengannya. Abg faham, "Lisa
mengalih pandangannya.
Mahu apakah bakal
madunya berjumpa dengannya?Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri
pertama membuli isteri kedua. Heh, ini Lisa lah. Jangan haraplah jika nak
membuli aku. Desis hati kecil Lisa. Hari ini genap seminggu bercuti Lisa seminggu. Seminggu jugalah dia merindu.
Puas dicuba untuk menghubungi Lisa, namun tidak berjaya. Rakan serumah
menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana Lisa pergi. Genap seminggu
juga peristiwa dia menghantar Lisa untuk ditemuduga oleh Najha. Sedangkan dia
diminta oleh Najha bermunajat di Masjid Putra.
Di masjid itu, hatinya
benar-benar terusik. Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti
keagamaan di masjid Putra. Dulu, sebelum dia mengenali Lisa, saban malam dia
akan bersama dengan Najha serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid.
Kemudian menghadiri majlis kuliah agama. Membaca Al-Quran secara bertaranum itu
adalah kesukaannya. Namun, lenggok Lisa melalaikannya. Haruman Lisa memudarkan
bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang
sering dilagukan. Seharian di Masjid Putra, dia cuba mencari dirinya, Izzaq
Fariz yang dulu. Izzaq Fariz anak Imam Kampung Seputih. Izzaq Fariz yang asyik
dengan berzanji. Menitis air matanya. Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang
telah terjadi pada hari itu.
Najha menunaikan
tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Najha. Mulutnya
seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Najha. Tit tit... sms
menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya.
"Lisa minta maaf.
Lisa bukan pilihan terbaik utk Abg jadikan isteri. Lisa tidak sehebat kak
Najha. Lisa perlu jadikan diri Lisa sehebatnya utk bersama Abg," Dibawah
hensetnya, ada sekeping sampul besar.
Kepada:
Izzaq Fariz,
Suami yang tersayang...
Izzaq Fariz diburu kehairanan. Sampul berwarna cokelat yang hampir saiz dengan
A4 itu dibuka perlahan.
Dengan Nama Allah Yang
Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani,
Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi
jejak langkahmu.
Abg yang dikasihi,
Genap seminggu sesi
temuduga yang Najha jalankan pada Lisa. Terima kasih kerana Abg membawakan
Najha seorang calon madu yang begitu cantik. Di sini Najha kemukakan penilaian
Najha.
1. Dengan ukuran badan
ala-ala model, dia memang mengalahkan Najha yang sudah tidak nampak bentuk
badan. Baju- bajunya memang mengikut peredaran zaman. Tapi, Najha sayangkan
Abg. Najha tak sanggup Abg diheret ke neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan
dosa Abg sendiri pun, masih belum termampu untuk dijawab di akhirat sana ,
apatah lagi Abg nak menggalas dosa org lain. Najha sayangkan Abg...
2. Najha ada mengajak
dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah lagi western food. Tapi, Najha
sayangkan Abg. Najha tahu selera Abg hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak
tahulah pula Najha kalau-kalau selera Abg sudah berubah. Tapi, Najha masih
ingat lagi, masa kita sekeluarga singgah di sebuah restoran western food, Abg
muntahkan semua makanan western food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya
ikut selera ayah mereka. Kesian nanti, tak makan la pula anak- anak kita. Najha
sayangkan Abg...
3. Najha ada mengajak
dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya. Najha minta dia jadi Imam. Yelah,
nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat Abg yang lahir, jadinya Najha harapkan
dia mampu untuk mengajar anak- anak Abg nanti untuk menjadi imam dan imamah
yang beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung... Najha
sayangkan Abg...
Abg yang disayangi,
Cukuplah rasanya penilaian Najha. Kalau diungkap satu persatu, Najha tak
terdaya. Abg lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1 hari, Abg mungkin dapat
membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan Abg mengenalinya lebih dari
Najha mengenalinya.
Abg yang dicintai,
Di dalam sampul ini
ada borang keizinan berpoligami. Telah siap Najha tandatangan. Juga sekeping
tiket penerbangan MAS ke Sarawak. Jika munajat Abg di Masjid Putra mengiayakan
tindakan Abg ini, ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada Lisa. Oh ya,
lupa nak cakap, Lisa telah berada di sawarak. Menunggu Abg... Najha sayangkan
Abg... Tetapi jika Abg merasakan Lisa masih belum cukup hebat untuk dijadikan
isteri Abg, pergilah cari wanita yang setanding dengan Najha... Najha sayangkan
Abg.
Tetapi, jika Abg
merasakan Najha adalah isteri yang hebat untuk Abg.. tolonglah bukakan pintu
bilik ni. Najha bawakan sarapan kegemaran Abg, roti canai.. air tangan Najha.
Salam sayang,
Najha Izanim Binti Ayub
Tangannya pantas
membuka pintu biliknya. Di situ berdiri Najha Izanim bersama-sama hidangan
sarapan pagi kegemarannya. Dia tersenyum!
Benar, tiada isteri
sehebat Najha isterinya!!! !!
************
MORAL OF THE STORY :
Bersyukurlah dengan apa yg kita ada. Cinta pada kecantikan tidak akan kekal
selamanya.. You would only appreciate things when you lost it..
*CERITA INI TIADA
KAITAN ANTARA YANG HIDUP ATAUPUN MATI.. SEMUA INI HANYALAH KEBETULAN.. :)
Nukilan : Azura, Aina,
Ummu & Najha….
5 comments:
untung dpt istri cmtu....:)
ingt CL yg wat cite ni....
untung dpt istri cmtu....:)
ingt CL yg wat cite ni....
kann,,,anie kena jadi isteri yang macam ni taw,,,baru lah suami sayang ^^
cite ni rekaan kawan kawan CL,,,dorang merapu sekali dengan nama CL naik dalam cite ni,,,huhu
untung la dapat isteri macam tu kan CL?
suara hati - hehe,,,memang sangat untung kalau dapat isteri yang macam tu,,sayang sampai ke akhir hayat tu,,
Post a Comment